
Apa kerjaya yang sesuai dengan saya?
Mari kita ketahui jenis personaliti dan persekitaran faktor pemilihan kerjaya yang sesuai
Sila Klik!
Jangan lupa untuk tonton terlebih dahulu video saya untuk memahami secara ringkas berkenaan kerjaya dan R-I-A-S-EK.
Jenis Personaliti (R-I-A-S-E-K)
Setiap individu mempunyai personaliti yang pelbagai, maka berdasarkan personaliti diri masing-masing kerjaya yang sesuai dapat ditentukan

Realistik
- Seseorang yang gemar bekerja dengan mesin, objek, peralatan, tumbuhan dan binatang.
- Mempunyai kemahiran ekletktik dan mekanikal.

Sosial
- Seseorang yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
- Mahir berkomunikasi dan minat untuk membantu, memberitahu, melatih dan membuat kerja-kerja kebajikan.

Investigatif
- Individu yang gemar membuat pemerhatian dan penyelidikan.
- Mempunyai kemahiran saintifik, matematik dan teknikal.

Enterprising
- Individu yang berinteraksi dan bekerja dengan manusia bermatlamat untuk memanipulasi manusia lain bagi mendapat keuntungan.
- Minat mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus orang lain.

Artistik
- Individu gemar bekerja dalam situasi yang kurang/tidak berstruktur.
- Mempunyai kemampuan artistik, inovatif dan intuisif.

Konvensional
- Seseorang yang gemar bekerja dengan data dan komputer serta sangat terperinci, bersifat akur kepada arahan.
- Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian
Daripada John L. Holland
Faktor Mempengaruhi Personaliti
Terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang:-
Persekitaran
Pengalaman yang kita lalui dalam persekitaran fizikal dan sosial mempunyai pengaruh penting terhadap pembentukan personaliti dari segi sikap, nilai dan persepsi yang dimiliki. Faktor persekitaran yangmendorong pembentukan personaliti seseorang ialah asuhan keluarga dan faktor sosial.
Baka
Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti.
Personaliti X Persekitaran
Keselarasan personaliti dengan persekitaran pekerjaan akan mempengaruhi kesesuaian seseorang dalam kehidupan kerjaya seseorang. Ia akan mempengaruhi:-
01.
Motivasi
02.
Kepuasan Kerja
03.
Pencapaian
04.
Produktiviti
05.
Kestabilan


