top of page

Selamat datang ke blog saya

Bantu Anda, Lebih Faham

Kali ini, saya akan menerangkan secara lanjut berkaitan kerjaya dan membantu anda untuk memilih pekerjaan yang sesuai dengan diri.

Mari kita belajar

Apa itu kerjaya?

R-I-A-S-E-C?

Betul ke pilihan aku?

Ada kerja apa je ya?

01

Sejarah Perkembangan

Revolusi Perindustrian

- Perubahan persekitaran dan cara bekerja.

- Pertumbuhan dan tumpuan lebih di bandar.

- Imigrasi yang menyebabkan penambahan bilangan penduduk.

- Banyak gerakan yang wujud bagi memperbaiki keadaan dan meningkatkan taraf kehidupan.

02

Pengkaji tentang Perbezaan Manusia

- 1879: Wilhelm Wunt menubuhkan makmal eksperimen di Leipzig bagi mengkaji tingkah laku manusia.

- 1883: G. Stainley Hail telah menubuhkan makmal psikologi untuk mengukur ciri-ciri fizikal dan mental kanak-kanak.

- 1890: James Cattel menerbitkan artikel berkaitan ujian mental yang mengukur perbezaan individu.

- 1896: Alfred Binet dan V. Henri telah menerbitkan artikel berkaitan penilaian mental manusia.

- John Dewey telah membuat pembaharuan dalam pendidikan kerjaya berdasarkan kepada motivasi, minat dan perkembangan

03

Early Career Guidance Programs

- 1990: Merril telah menubuhkan Industrial Arts.

Jesse B. Davies (Bapa Kaunseling Sekolah): 11th grade educational and vocational guidance 1898-1907. Selepas dilantik sebagai pengetua, meminta pelajar secara aktif membuat refleksi pemilihan kerjaya. 

- Frank Parson (Bapa Bimbingan Kerjaya): Choosing A Vocation merupakan buku terbitan beliau pada tahun 1909. Beliau amat berminat dalam membangun dan pembaharuan masyarakat

image.png

Mohd Fadzil Che' Din

"Kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomi dan sosial individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya."

Myrick

"Bimbingan kerjaya ialah proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan."

Brown  & Brook

"Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan dan memajukan diri dalam pekerjaan."

Konsep Kaunseling Kerjaya

1

Masalah

Antara permasalahan dalam pemilihan kerjaya:

1. Ketidakupayaan dalam membuat pemilihan kerjaya.

2. Ketegangan dan juga penyesuaian.

3. Ketidaksesuaian membuat pilihan.

(Sidek Mohd Noah, 2002)

2

National Career Development Association (NCDA)

Kaunseling kerjaya merangkumi aktviti dijalankan oleh individu berkelayakan dengan seseorang atau kelompok berkaitan kerjaya, keputusan kerjaya atau kehidupan, perancangan, jalan dan konflik, serta persoalan tentang perkembangan kerjaya.

3

Pilihan Kerjaya

Kaunseling kerjaya meliputi semua aktiviti kaunseling berkaitan pilihan kerjaya di sepanjang kehidupan, termasuklah:

- Keluarga

- Pekerjaan

- Waktu senggang

- Kebimbangan peribadi

Bimbingan Kerjaya

- Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang bidang yang ingin diceburi.

- Membantu kenalpasti personaliti dan kerjaya sesuai.

- Membantu persediaan peralihan daripada zaman persekolahan ke era pekerjaan.

- Menambah pengetahuan awal mengenai kerjaya.

Kaunseling Kerjaya

​- Merupakan produk pembangunan utama kebanyakan negara.

- Meliputi seluruh aspek kehidupan manusia seperti bidang politik, ekonomi, pendidikan, falsafah dan perubahan sosial.

- Kaunseling kerjaya telah memberi impak yang besar kepada sumber rezeki ramai individu (Zunker, 2006)

KEPENTINGAN

Kami ingin membantu agar anda tidak silap memilih kerjaya yang sesuai. Sila klik butang di bawah.

Image by Manh LE
Architect
photo_2023-04-04_22-29-33.jpg

Kaunselor Anda

Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda dalam menjalani kehidupan dengan cara yang lebih baik. Jangan lupa untuk terus ikuti perkembangan saya di seluruh platform media sosial dan nantikan blog terbaru.

© 2023 by Encik Drama. Dikuasakan oleh Wix

Sertai Senarai Emel Kami

Terima kasih kerana melanggan!

  • Facebook
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
bottom of page